Monday, April 4, 2022

Tahun 2022 sesi 2022/23

Daripada 20 orang murid yang diterima oleh Kelas Sinar pada tahun lepas 12 orang telah mencapai tahap. Manakala 8 lagi naik ke tahun 3. 8 orang murid ini, 3 orang daripadanya sudah melepasi konstruk 5 (+kvk+), 3 pada konstruk 4 (kvk) dan selebihnya KVKV. 


Masalah utama yang dihadapi ialah ketidakhadiran. Justeru Kelas Sinar membuat keputusan untuk memperkenalkan semula modul dan pengajaran atas talian seperti pada waktu PdPr agar murid yang tidak hadir dapat terus belajar.  

Saturday, April 2, 2022

KETIDAKHADIRAN

 Masalah ketidakhadiran murid samada dalam kelas PDPR mahupun kelas fizikal menjadi salah satu penghalang untuk mencapai objektif Kelas Sinar. 

Objektif utama Kelas Sinar adalah menghasilkan murid yang boleh membaca, menulis dan mengira. 

Guru telah menyusun program bersesuaian untuk murid mencapai objektif tersebut. 

Dalam program tersebut terdapat kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai murid untuk mencapai objektif. 

Jika murid kerap tidak hadir maka dia akan ketinggalan dan tercicir seumpama susun suai gambar (jigsaw puzle) yang tidak lengkap. 

Oleh kerana itu, ibu bapa wajiblah memastikan murid hadir ke sekolah atau menyertai kelas atas talian jika tiada sebarang keuzuran. 

Selasa 7.12.2021